KUALA LUMPUR, 2 OKT: Aktivis antarabangsa yang ditahan dalam konvoi bantuan kemanusiaan menuju Gaza akan dihantar pulang ke Eropah selepas flotila itu dipintas tentera laut Israel.
Menurut Anadolu Ajansi, sekurang-kurangnya 317 aktivis daripada 21 kapal telah ditahan oleh pasukan Israel, berdasarkan data penjejak flotila.
Aktivis yang berada di atas kapal yang diserang Israel terdiri daripada pelbagai kewarganegaraan termasuk Malaysia, Sepanyol, Itali, Brazil, Turkiye, Greece, Amerika Syarikat, Jerman, Sweden, Britain dan Perancis, selain negara lain.
Laporan media menyatakan sebuah kapal Tentera Laut Israel membawa aktivis yang ditahan itu ke Pelabuhan Ashdod, tempat proses deportasi akan dimulakan pada Khamis.
“Mereka akan dihantar pulang ke Eropah,” menurut laporan itu.