RMS: Kerjasama serantau perkasa generasi muda berjiwa keusahawanan

24 Sep 2026, 10:57 AM
RMS: Kerjasama serantau perkasa generasi muda berjiwa keusahawanan

SHAH ALAM, 24 SEPT: Kerjasama serantau dan perkongsian pengetahuan dalam pendidikan tinggi mampu memperkasa generasi muda menjadi lebih inovatif, berdaya tahan dan berjiwa keusahawanan, titah Raja Muda Selangor.

Tengku Amir Shah bertitah, usaha itu perlu disokong oleh sistem pendidikan tinggi yang bukan sekadar menyampaikan ilmu, malah turut membina keyakinan, sifat ingin tahu dan pertimbangan yang baik dalam kalangan golongan muda.

“Semoga kita terus meletakkan manusia sebagai teras kemajuan dan memperkasa generasi seterusnya untuk membina masa depan yang lebih bijaksana, adil dan mampan,” titah baginda.

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (dua, kanan) ketika menghadiri Forum Kebangsaan Pendidikan Keusahawanan di Bangkok, Thailand. Foto Facebook RMS

Baginda bertitah demikian sempena Forum Kebangsaan Pendidikan Keusahawanan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi, Sains, Penyelidikan dan Inovasi (MHESI) di Bangkok, Thailand, hari ini.

Tengku Amir Shah turut merakamkan penghargaan kepada kementerian berkenaan atas layanan yang diberikan dalam penganjuran forum tersebut.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.