Raja Muda Selangor, Ketua Pesuruhjaya SPRM bincang inisiatif cegah rasuah

16 Sep 2026, 5:43 AM
Raja Muda Selangor, Ketua Pesuruhjaya SPRM bincang inisiatif cegah rasuah

PUTRAJAYA, 16 SEPT: Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abd Halim Aman membincangkan pelbagai perkara termasuk inisiatif pencegahan rasuah khususnya di Selangor.

SPRM memaklumkan perkara itu dibincangkan ketika Tengku Amir Shah berkenan menerima menghadap Abd Halim di Istana Selangor, Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada Isnin lepas.

Dalam kenyataan hari ini, SPRM memaklumkan ketika pertemuan tersebut Raja Muda Selangor turut berkenan menerima sembah taklimat mengenai perkembangan terkini SPRM.

Abd Halim turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih atas perkenan Tengku Amir Shah meluangkan masa menerima menghadap serta mendengar sembah taklimat berhubung peranan dan perkembangan semasa SPRM.

"Beliau (Abd Halim) turut menjunjung kasih atas sokongan dan keprihatinan Raja Muda Selangor terhadap usaha berterusan membanteras gejala rasuah demi memastikan tadbir urus yang telus, berintegriti serta berakauntabiliti," menurut SPRM.

Sesi menghadap itu merupakan sebahagian daripada agenda rasmi bersempena dengan pelantikan Abd Halim sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu pada 13 Mei lepas.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.