ad

MetMalaysia: Amaran ribut petir di KL, Selangor hingga 2 petang

1 Okt 2025, 4:04 AM
MetMalaysia: Amaran ribut petir di KL, Selangor hingga 2 petang

SHAH ALAM 26 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir dan hujan lebat melanda seluruh Selangor hingga 2 petang.

Cuaca sama diramal berlaku di Kuala Lumpur dan Putrajaya selain beberapa daerah di Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department