ad

Konvensyen Belia Selangor 2025 himpun aspirasi anak muda

28 Sep 2025, 1:34 PM
Konvensyen Belia Selangor 2025 himpun aspirasi anak muda

SHAH ALAM, 28 SEPT: Ratusan belia dari seluruh negeri bakal berhimpun dalam Konvensyen Belia Selangor 2025 yang berlangsung pada 30 September ini di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam.

Bertemakan “Merencana Generasi, Membentuk Peradaban”, konvensyen anjuran Kerajaan Negeri itu menjadi wadah anak muda berkongsi pandangan, memperluas jaringan serta memperkukuh peranan mereka dalam pembangunan Selangor.

Antara pengisian menarik termasuk forum kepimpinan bersama Ahli Dewan Negeri (ADN) muda, forum keusahawanan bersama ikon perniagaan serta forum belia dan sukan yang menampilkan atlet ternama, pemain bola sepak Selangor FC dan penggiat eSports.

Lebih istimewa, peserta konvensyen berpeluang mendaftar lebih awal sebagai sukarelawan Sukan Malaysia (SUKMA) 2025, sekali gus menjadi sebahagian daripada penganjuran temasya sukan terbesar negara itu.

Konvensyen bermula jam 8 pagi hingga 3 petang pada Selasa ini. Pendaftaran boleh dibuat melalui imbasan kod QR yang disediakan oleh pihak penganjur.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.