SHAH ALAM, 28 SEPT: Kuala Selangor dan Klang antara tujuh daerah di Selangor diramal ribut petir serta hujan lebat hingga 1 tengah hari ini.
Selain itu Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut meramalkan cuaca sama berlaku di Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.
Cuaca sama juga dijangka berlaku di Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka serta beberapa Kawasan di Perak dan Kelantan.
MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.