ad

Kejohanan pickleball terbesar Asia tawar hadiah wang tunai hingga USD150,000

24 Sep 2025, 2:36 PM
Kejohanan pickleball terbesar Asia tawar hadiah wang tunai hingga USD150,000

SHAH ALAM, 24 SEPT: Pickleball Tour Asia (PPA) Panas Malaysia Cup 2025 kembali dengan menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai USD150,000.

Diadakan di 9Pickle Setia Alam, kejohanan terbesar di Asia itu berlangsung selama lima hari sehingga 28 September depan.

Pengasas Panas Express, Vincent Siow selaku penaja utama (title sponsor) berkata kejohanan yang paling besar pernah diadakan di Malaysia ini turut menampilkan pemain dunia, Ben Johns.

“Sangat berbesar hati kerana menjadi penaja utama kerana kejohanan ini beri impak kepada industri sukan pickleball sekali gus pelancongan.

“Selain itu, kita dapat tunjuk kepada pemain terkemuka bagaimana sukan ini dapat menyatupadukan rakyat walaupun berbeza budaya dan kaum,” katanya kepada Media Selangor.

Sementara itu, Pengarah Urusan United Pickleball Association (UPA) Asia, Kimberly Koh berkata penglibatan pemain-pemain dunia dalam kejohanan seperti ini dapat memberi inspirasi kepada anak muda.

“Menjadi hasrat kami untuk menaikkan sukan pickleball ke peringkat lebih tinggi… dan antara inisiatif yang boleh diambil adalah memerlukan bintang yang mampu beri inspirasi kepada golongan muda.

“Apabila mendapat sokongan pemain profesional, ia dapat memberi semangat supaya lebih ramai lagi bermain sukan ini sekaligus melahirkan atlet yang dapat mengharumkan nama negara,” ujarnya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.