Lapan lelaki termasuk enam pendatang tanpa izin ditahan bersembunyi dalam lori

24 Sep 2025, 11:30 AM
Lapan lelaki termasuk enam pendatang tanpa izin ditahan bersembunyi dalam lori

ALOR SETAR, 24 SEPT: Polis menahan lapan lelaki termasuk enam pendatang tanpa izin yang ditemukan berbaring di belakang sebuah lori satu tan di tepi jalan Pekan Bedong, dekat Kuala Muda, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata tangkapan 4.30 petang itu melibatkan warga Myanmar dan Indonesia berusia antara 20 hingga 51 tahun.

“Mereka ditemukan berbaring dengan ditutup kanvas. Kesemua mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

“Selain itu, dua lelaki tempatan berusia 30-an turut ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.