SHAH ALAM, 22 SEPT: Orang awam serta penjawat awam di Selangor dijemput menghadiri majlis doa selamat sempena perkahwinan Diraja Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dengan Cik Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz.
Jabatan Agama Islam Selangor menerusi Facebook memaklumkan, majlis penuh keberkatan itu dijadual berlangsung pada 25 September ini (Khamis) bermula jam 6.30 petang.
Ruang Solat Utama Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam atau lebih dikenali sebagai Masjid Negeri dipilih sebagai lokasi bagi acara bersejarah tersebut.

Setiausaha Sulit kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menerusi kenyataan hari ini memaklumkan Tengku Amir Shah bakal melangsungkan pernikahan dengan pasangannya pada 2 Oktober ini.
Dato’ Mohamad Munir Bani berkata lstiadat Pernikahan Diraja akan diadakan di Masjid lstana Diraja, lstana Alam Shah di Klang.
lstiadat Persandingan Diraja dan Majlis Santapan Diraja bagi memuliakan lstiadat Perkahwinan Diraja pula akan diadakan di Balairung Seri dan Balai Santapan Diraja, lstana Alam Shah pada 22 Oktober.