ad

MB mulakan lawatan kerja sembilan hari ke China, teroka potensi kerjasama, meterai MoU

22 Sep 2025, 1:04 AM
MB mulakan lawatan kerja sembilan hari ke China, teroka potensi kerjasama, meterai MoU
MB mulakan lawatan kerja sembilan hari ke China, teroka potensi kerjasama, meterai MoU

SHAH ALAM, 22 SEPT: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari selamat tiba di Shanghai tengah malam tadi bagi memulakan lawatan kerja rasmi selama sembilan hari ke China.

Delegasi Selangor itu turut disertai antaranya EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti, Ng Sze Han; Ketua Pengarah Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Dato’ Ts. Saipolyazan M Yusop; Ketua Yayasan MBI, Ahmad Azri Zainal Nor; Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Berhad, Dato’ Hasan Azhari Haji Idris; serta Ketua Pegawai Eksekutif SIDEC, Yong Kai Ping.

Sepanjang berada di China, rombongan dijadualkan mengadakan pelbagai mesyuarat, lawatan tapak dan memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama rakan strategik dan industri di Shanghai, Anhui, Beijing, Shenzhen dan Guangdong.

Bagi hari pertama lawatan, Amirudin dijadualkan mengadakan mesyuarat dengan StarPower Semiconductor Ltd, peneraju teknologi modul kuasa global, serta Shanghai Electric Drive Co. Ltd, pembekal sistem kerangka kuasa elektrik termaju (eDrive).

Delegasi dijadualkan pulang ke Malaysia pada 30 September.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.