ad

Amaran hujan lebat di empat daerah Selangor hingga 9 malam

21 Sep 2025, 11:10 AM
Amaran hujan lebat di empat daerah Selangor hingga 9 malam

KUALA LUMPUR, 21 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang yang dijangka melanda Kuala Lumpur dan tujuh negeri sehingga 9 malam ini.

Menerusi amaran yang dikeluarkan pada 5.15 petang ini, MetMalaysia memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Selangor melibatkan Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

Di Pahang pula dijangka membabitkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala Terengganu merangkumi Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

Amaran sama dijangka melanda Negeri Sembilan membabitkan Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol serta Johor (Segamat, Kluang dan Mersing).

Sementara itu, di Sabah keadaan sama melibatkan kawasan Pantai Barat (Ranau), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas), sementara di Sarawak membabitkan Kuching, Serian dan Samarahan (Samarahan dan Asajaya).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.