ad

Velavar Pottery: Menyulam tanah, membentuk warisan

21 Sep 2025, 7:01 AM
Velavar Pottery: Menyulam tanah, membentuk warisan

Di bengkel sederhana di Kuala Selangor, tangan Ramadas Vengidasalam bersama anaknya, Velavar Ramadas, penuh teliti menyusun pasu tanah liat yang masih lembap, baru keluar daripada acuan tradisi. Garis-garis halus pada setiap bentuk seakan meninggalkan jejak kesabaran yang sudah lama terlatih.

Velavar Pottery berdiri sebagai saksi warisan seni turun-temurun. Di sini, tanah liat yang tampak biasa berubah menjadi karya; dibentuk dengan ketekunan, sebelum diserahkan kepada api pembakaran untuk mengukuhkan jati dirinya.

Setiap pasu bukan sekadar bekas simpanan, tetapi naskhah kerja tangan yang menyimpan cerita tentang akar budaya, kesinambungan tradisi, dan jiwa seorang pengusaha yang percaya pada nilai kraf.

Dalam dunia moden yang serba cepat, bengkel kecil ini menjadi ruang perlahan. Ramadas bukan sekadar membentuk tanah, tetapi menjaga warisan agar terus bernafas untuk generasi yang akan datang.

Melalui lensa kamera, jurufoto Khairul Helmy menyingkap kehalusan seni pembuatan pasu, merakam setiap momen yang mengekalkan denyut warisan Kuala Selangor.

Ramadas Vengidasalam teliti menyusun hasil kerja tangan berupa pasu tanah liat di bengkel tradisionalnya Velavar Pottery di Kuala Selangor. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Velavar Ramadas menguli dan membentuk tanah liat menjadi hasil seni tembikar yang unik, simbol ketekunan dan warisan turun-temurun di bengkel tradisionalnya Velavar Pottery di Kuala Selangor. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Velavar Ramadas (kiri) meletakkan tembikar ke dalam oven untuk proses pembakaran dijalankan di bengkel tradisionalnya Velavar Pottery di Kuala Selangor. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Hasil seni tembikar yang unik, simbol ketekunan dan warisan turun-temurun di Velavar Pottery di Kuala Selangor. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Velavar Ramadas menguli dan membentuk tanah liat menjadi hasil seni tembikar yang unik, simbol ketekunan dan warisan turun-temurun di bengkel tradisionalnya Velavar Pottery di Kuala Selangor pada 18 Ogos 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Hasil seni tembikar yang unik, simbol ketekunan dan warisan turun-temurun di Velavar Pottery di Kuala Selangor. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Velavar Ramadas melakukan proses menggaul tanah liat untuk menghasilkan tembikar yang unik, simbol ketekunan dan warisan turun-temurun di bengkel tradisionalnya Velavar Pottery di Kuala Selangor. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Velavar Ramadas (kiri) melayan pelanggan yang datang di bengkel tradisionalnya Velavar Pottery di Kuala Selangor. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.