Sabak Bernam diramal ribut petir hingga 12 tengah hari

18 Sep 2025, 1:50 AM
Sabak Bernam diramal ribut petir hingga 12 tengah hari

KUALA LUMPUR, 18 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang di beberapa tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor hingga 12 tengah hari ini.

Menerusi amaran yang dikeluarkan pada 9 pagi ini, MetMalaysia memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang dan Kuala Muda di Kedah.

Di Perak pula, kawasan yang dijangka terbabit ialah Bagan Datuk dan Hilir Perak manakala Selangor di Sabak Bernam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.