ad

MIHAS 2025 buka tirai, tarik pelawat dari lebih 80 negara

17 Sep 2025, 8:38 AM
MIHAS 2025 buka tirai, tarik pelawat dari lebih 80 negara
MIHAS 2025 buka tirai, tarik pelawat dari lebih 80 negara
MIHAS 2025 buka tirai, tarik pelawat dari lebih 80 negara
MIHAS 2025 buka tirai, tarik pelawat dari lebih 80 negara
MIHAS 2025 buka tirai, tarik pelawat dari lebih 80 negara

KUALA LUMPUR, 17 SEPT: Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2025 (MIHAS 2025) membuka tirainya hari ini di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec), Kuala Lumpur.

Acara bertaraf antarabangsa edisi ke-21 yang dianjurkan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) berlangsung selama empat hari sehingga Sabtu.

Orang ramai yang hadir pada Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) di Mitec, Kuala Lumpur pada 17 September 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Program menghimpunkan lebih 2,400 gerai pameran dan dijangka menarik kehadiran sekitar 45,000 pelawat dari lebih 80 negara, menjadikannya antara platform perdagangan halal paling berpengaruh di dunia.

MIHAS 2025 turut mendapat penyertaan dari pelbagai negara seperti Algeria, Congo, Costa Rica, Ghana, Mali, Norway dan Panama.

China, Bangladesh dan Nepal muncul sebagai negara pembeli terbesar dengan masing-masing menghantar puluhan wakil syarikat.

Reruai Media Selangor di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) di Mitec, Kuala Lumpur pada 17 September 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadual merasmikan pameran berkenaan pada Jumaat ini.

Program menampilkan pelbagai segmen utama industri halal, termasuk makanan dan minuman, farmaseutikal, kewangan Islam, penjagaan diri, kosmetik, peranti perubatan serta pelancongan mesra Muslim.

Orang ramai yang hadir di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) di Mitec, Kuala Lumpur pada 17 September 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Tahun ini juga menyaksikan peluasan strategik Mihas ke pasaran antarabangsa menerusi penganjuran Mihas@Shanghai pada 5 hingga 10 November, bersempena Ekspo Import Antarabangsa China.

Peluasan ini membuka laluan penting kepada perusahaan Malaysia untuk menembusi pasaran halal yang pesat berkembang di Asia Timur.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.