ad

Air sungai cecah paras bahaya, DUN Dusun Tua siap siaga jika banjir

17 Sep 2025, 1:26 AM
Air sungai cecah paras bahaya, DUN Dusun Tua siap siaga jika banjir
Air sungai cecah paras bahaya, DUN Dusun Tua siap siaga jika banjir
Air sungai cecah paras bahaya, DUN Dusun Tua siap siaga jika banjir

SHAH ALAM, 17 SEPT: Pusat Khidmat DUN Dusun Tua bersiap sedia membantu penduduk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) jika berlaku banjir di kawasan sekitar.

Wakil rakyatnya berkata seluruh kampung di kawasan Batu 12, Hulu Langat diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga kerana dikhuatiri berlaku banjir kilat susulan paras sungai yang semakin meningkat setakat jam 9 pagi ini.

“Kampung-kampung di kawasan sekitar dalam keadaan berjaga-jaga, siap sedia kemungkinan banjir kilat yang berlaku sejak minggu lepas, walaupun air belum naik lagi setakat ini.

“Hujan dah mula reda namun pusat khidmat DUN Dusun Tua tetap siap siaga bersama-sama ketua kampung, pihak keselamatan bersedia buka PPS semula, hulur bantuan asas seperti makanan dan minuman jika bah berlaku lagi,” kata Datuk Johan Abd Aziz kepada Media Selangor.

Portal Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor merekodkan paras sungai di Batu 12, Hulu Langat mencatatkan peningkatan hingga 42.41 meter mencecah paras bahaya setakat 9.10 pagi ini berikutan hujan berterusan sejak awal pagi tadi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.