Amaran hujan lebat, Kuala Langat, Sepang, Port Dickson hingga 12 tengah hari

14 Sep 2025, 1:55 AM
Amaran hujan lebat, Kuala Langat, Sepang, Port Dickson hingga 12 tengah hari

SHAH ALAM, 14 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir dan hujan lebat melanda Kuala Langat dan Sepang hingga 12 tengah hari ini.

Amaran sama dikeluarkan melibatkan Negeri Sembilan (Port Dickson), Sarawak (Sibu, Mukah dan Bintulu), Sabah (pedalaman Kuala Penyu dan Kudat) dan Labuan.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.