Hampir 1,000 peserta berhimpun di Stesen Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Sri Damansara Sentral sebagai tempat berkumpul sejak jam 7 pagi sebelum bergerak ke lokasi utama yang dirahsiakan. Hadir sama memeriahkan acara ialah EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim dan Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Chua Yee Ling.
Bermula jam 9 pagi, kesemua peserta menaiki MRT ke lokasi utama iaitu di Tun Razak Exchange. Terdahulu dilaporkan, seramai 18,000 peserta dijangka menyertai edisi kesembilan Keretapi Sarong 2025 bertemakan Serumpun.
Acara Keretapi Sarong mula diperkenalkan komuniti LOCCO Malaysia pada 2012 dan menjadi tradisi tahunan sempena Hari Malaysia. Pemilihan sarung sebagai tema kempen kerana budaya pemakaian kain sarung merupakan warisan budaya yang dikongsi bersama oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. RapidKL, selaku penaja utama program itu, memaklumkan perjalanan Keretapi Sarong 2025 bermula dari 10 stesen Rapid KL.
Jurufoto Harun Tajudin mengabadikan suasana meriah peserta berhimpun dalam kain sarung penuh warna.
Sekumpulan wanita muda berpakaian tradisional pelbagai etnik berkumpul sambil berbual dan ketawa di Keretapi Sarong 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR
Peserta Keretapi Sarong 2025 berkumpul di di Stesen Perkhidmatan Transit Aliran Ringan Massa (MRT) Sri Damansara Sentral, Kepong pada 13 september 2025.Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR
Tourism Selangor turut membawa khas penari daripada Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor .Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR
Team Gombak turut memeriahkan suasana Keretapi Sarong 2025 di Tun Razak Exchange Kuala Lumpur.Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR
Suasana meriah perbagai kaum yang hadir di Keretapi Sarong 2025 di Tun Razak Exchange Kuala Lumpur.Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR
EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee LIM (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Chua Yee Ling (dua, kiri) hadir memeriahkan acara Keretapi Sarong 2025 di Stesen Perkhidmatan Transit Aliran Ringan Massa (MRT) Sri Damansara Sentral, Kepong pada 13 september 2025.Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR
Pelbagai ragam dan gaya peserta Keretapi Sarong yang hadir di Tun Razak Exchange Kuala Lumpur.Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR
Empat wanita bergaya dalam busana tradisional kebaya .Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR
Paluan kompang mengiringi peserta Keretapi Sarong 2025 di Tun Razak Exchange Kuala Lumpur. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR