SHAH ALAM, 13 SEPT: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) mengadakan Program Imunisasi Tambahan Demam Campak secara percuma pada 13, 20 dan 27 September ini di lobi Pustaka Raja Uda.
PPAS memaklumkan program suntikan vaksin MR (Measles & Rubella) disediakan untuk semua kanak-kanak warganegara dan bukan warganegara yang lahir pada 1 Ogos 2020 hingga 31 Januari 2025.
"Program diadakan pada 13, 20 dan 27 September (Sabtu) dari jam 8.30 pagi hingga 2.30 petang di lobi Pustaka Raja Tun Uda.
"Ibu bapa atau penjaga diminta membawa bersama dokumen pengenalan diri serta buku kesihatan kanak-kanak, sekiranya ada, ketika hadir ke lokasi," kata PPAS menerusi Facebook semalam.
Menurutnya, orang ramai diseru untuk bersama melindungi anak-anak daripada demam campak dengan mendapatkan suntikan vaksin MR menerusi program berkenaan.