ad

Opera Cina: Wajah pentas silam

13 Sep 2025, 4:22 AM
Opera Cina: Wajah pentas silam

Dalam suasana sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, Muzium Negara menganjurkan Pameran Opera Cina (Kantonis) yang telah berjaya menarik lebih 10,000 pelawat sejak dibuka pada 8 Julai lalu.

Melalui pameran ini, para pengunjung yang melangkah masuk ke dewan pameran seolah-olah memulakan perjalanan merentas masa. Dengan kostum pentas yang indah, skrip lama, serta pelbagai peralatan tradisional, mereka berpeluang menyelami pengalaman unik dan merasai keistimewaan budaya majmuk Malaysia yang diwarisi sejak ratusan tahun lalu.

Persembahan Opera Cina oleh Persatuan Pat Woh Malaysia turut menyerlahkan seni pentas yang merangkumi nyanyian, lakonan, dan gerak tari sekali gus menegaskan kepentingannya sebagai jambatan kesusasteraan dan budaya Cina yang wajar dipelihara untuk generasi seterusnya.

Ikuti lensa jurugambar Adibah Izam yang merakam suasana pameran Opera Cina di Muzium Negara.

Pengunjung mengamati koleksi aksesori Opera Cina dalam pameran khas di Muzium Negara, yang menyingkap keindahan seni pentas dan warisan budaya ketika Pameran Opera cina di Muzium Negara. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

Di balik tabir, seorang pelakon Opera Cina menggayakan solekan tradisi simbol identiti seni pentas yang dipersembahkan sempena Pameran Opera cina di Muzium Negara. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

Wajah dilakar dengan solekan tebal, pelakon Opera Cina bersedia menghidupkan kembali warisan pentas ketika Pameran Opera cina di Muzium Negara. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

Wajah dilakar dengan solekan tebal, pelakon Opera Cina bersedia menghidupkan kembali warisan pentas ketika Pameran Opera cina di Muzium Negara. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

Petugas menyiapkan busana untuk persembahan Opera Cina sempena Pameran Opera cina di Muzium Negara pada 9 Ogos 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

Seorang pelakon Opera Cina dibantu mengenakan busana tradisional, persiapan penting sebelum tirai persembahan dibuka ketika Pameran Opera cina di Muzium Negara pada 9 Ogos 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

Pelakon Opera Cina menghidupkan watak di pentas, memikat pengunjung dalam persembahan sempena Pameran Opera cina di Muzium Negara pada 9 Ogos 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

Warna, gerak, dan suara bergabung di pentas Opera Cina, memancarkan pesona warisan silam ketika Pameran Opera cina di Muzium Negara pada 9 Ogos 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.