Temasya MBSJ perkasa warisan budaya, semai minat seni kanak-kanak

16 Nov 2026, 12:00 AM
Temasya MBSJ perkasa warisan budaya, semai minat seni kanak-kanak
Temasya MBSJ perkasa warisan budaya, semai minat seni kanak-kanak
Temasya MBSJ perkasa warisan budaya, semai minat seni kanak-kanak

SHAH ALAM, 16 NOV: Usaha memupuk kecintaan terhadap seni, budaya dan warisan perlu dimulakan sejak usia muda bagi memastikan khazanah budaya terus dihargai generasi akan datang.

EXCO Kebudayaan, Datuk Borhan Aman Shah berkata penganjuran program kebudayaan di peringkat komuniti penting bagi mendekatkan masyarakat, khususnya kanak-kanak, dengan kepelbagaian seni dan warisan tempatan.

Menurutnya, pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu terus memainkan peranan dalam menggerakkan agenda kebudayaan melalui kerjasama dengan sekolah, persatuan kebudayaan, komuniti setempat dan sektor swasta.

“Kita mahu seni, budaya dan warisan menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat, bukan sekadar diraikan dalam acara tertentu. Lebih penting lagi, kecintaan terhadap warisan ini perlu disemai dalam kalangan anak-anak sejak usia muda,” katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis perasmian penutup Temasya Kebudayaan Warisan dan Sambutan Hari Kanak-Kanak Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) 2026 di Summit USJ Mall, petang tadi.

Borhan turut merakamkan penghargaan kepada MBSJ dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penganjuran temasya berkenaan.

Beliau berharap lebih banyak kerjasama dapat diteroka bagi memperluas pelaksanaan program kebudayaan di peringkat akar umbi, sekali gus memastikan seni dan warisan terus menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat.

Kategoriexco

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.