SEPANG, 9 SEPT: Pantai Bagan Lalang sekali lagi bakal dimeriahkan dengan penganjuran Pesta Pantai 2025 pada 20 dan 21 September ini dengan pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga.
Acara anjuran Majlis Perbandaran Sepang (MPS) itu berlangsung dari jam 6.30 pagi hingga 11 malam pada 20 September, manakala hari berikutnya bermula jam 7.30 pagi hingga 5 petang.
Antara pengisian yang menanti pengunjung termasuk persembahan kebudayaan, pertandingan sukan rakyat, senamrobik, peraduan memasak nasi lemak dan puding, selain cabutan bertuah.
Turut diadakan pertandingan ‘push bike’, ‘battle of the band’, explorace, permainan tradisional, pertandingan futsal pantai, tarik tali, gusti lengan, serta aktiviti santai seperti pertandingan karaoke terbuka dan nyanyian lagu ciptaan sendiri.
Bagi peminat sukan air pula, pelbagai acara disediakan antaranya pertandingan kayak, berenang, renang berirama, serta perahu layar.
Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman sesawang rasmi www.mpsepang.gov.my.