ad

Lima daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 8 malam

7 Sep 2025, 9:54 AM
Lima daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 8 malam

SHAH ALAM, 7 SEPT: Lima daerah di Selangor diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 8 malam ini.

Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook daerah terlibat adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Cuaca sama turut diramal berlaku di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur dan beberapa daerah di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

545603852_1231188192384826_6943401824181453092_n.jpg

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.