ad

Ramalan ribut petir di KL, tiga daerah Selangor hingga 9 malam

5 Sep 2025, 10:11 AM
Ramalan ribut petir di KL, tiga daerah Selangor hingga 9 malam

SHAH ALAM, 5 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir dan hujan lebat melanda Kuala Lumpur hingga 9 malam.

Amaran sama dikeluarkan melibatkan tiga daerah di Selangor iaitu Gombak, Hulu Langat dan Hulu Selangor.

MetMalaysia juga meramalkan cuaca sama melanda beberapa daerah di Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.