Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Selangor ke-68 berlangsung meriah di Dataran Kemerdekaan Shah Alam malam tadi dengan kehadiran lebih 60,000 pengunjung.
Acara bersejarah itu mengangkat tema ‘Rakyat Disantuni’, sekali gus menggambarkan semangat kebersamaan serta kecintaan rakyat terhadap negara.
Majlis diserikan dengan kehadiran Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama barisan EXCO.
Upacara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan negeri Selangor yang bergema di seluruh dataran, membangkitkan rasa bangga serta semangat patriotisme hadirin.
Acara kemuncak antaranya perbarisan dan perarakan 83 kontinjen pelbagai agensi kerajaan, badan berkanun, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta sekolah seluruh negeri.
Keberadaan peserta dengan pakaian seragam dan formasi teratur menyerikan lagi suasana malam sambutan.
Pengunjung turut berpeluang menyaksikan pameran aset dan jentera pelbagai agensi termasuk pasukan keselamatan negara yang menarik perhatian ramai.
Kehadiran aset itu bukan sahaja mempamerkan kekuatan serta kesiapsiagaan, malah menjadi simbol keselamatan dan kesejahteraan rakyat negeri ini.
Malam kemerdekaan semakin meriah dengan persembahan artis terkemuka tanah air seperti Dato’ Hattan, Bunkface, Aisyah Retno dan Ruffedge.
Sorakan serta tepukan gemuruh daripada pengunjung menambahkan lagi suasana kemeriahan, menjadikan sambutan ulang tahun ke-68 ini sebagai satu kenangan bermakna bagi rakyat Selangor.
Jurufoto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN, HARUN TAJUDIN dan REMY ARIFIN merakamkan detik-detik kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan peringkat Selangor ke-68 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
Ribuan pengunjung membanjiri Dataran Kemerdekaan Shah Alam sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 peringkat negeri pada 30 Ogos 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIASELANGOR
Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membawa Jalur Gemilang ketika perbarisan dalam Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 30 Ogos 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR
Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika perbarisan dalam Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 30 Ogos 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR
Kenderaan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika perbarisan dalam Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 30 Ogos 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR
Demonstrasi daripada pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 30 Ogos 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) melakukan demontrasi memadam api sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 30 Ogos 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR
Penyanyi Dato' Hattan menghiburkan pengunjung sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 30 Ogos 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR
Gelagat seorang kanak-kanak mencuba peralatan perang milik Angkatan Tentera Malaysia sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 30 Ogos 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIASELANGOR
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) menyampaikan anugerah tokoh kemerdekaan Negeri Selangor kepada Laksamana Muda (B) Dato' Anuar Alias (kanan) dalam Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 30 Ogos 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR
Demonstrasi daripada pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 30 Ogos 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) melaungkan laungan Merdeka dengan penuh semangat sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 30 Ogos 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR
Percikan bunga api, laungan merdeka hiasi Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 30 ogos 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR
Pengunjung merakam gambar berlatar belakang pertunjukkan bunga api sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 30 Ogos 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR