SHAH ALAM, 1 SEPT: Dataran Kemerdekaan Shah Alam bergema dengan alunan selawat sempena program Darul Ehsan Berselawat Jiwa Merdeka malam tadi.
Dihadiri lebih 100,000 umat Islam, program dianjurkan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-67 peringkat negeri Selangor itu turut disertai Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Datuk Bandar Shah Alam Dato’ Mohd Fauzi Mohd Yatim.
Berucap pada majlis, Amirudin berkata sambutan Hari Kebangsaan tahun ini bukan hanya perarakan sahaja sebaliknya ingin membangkitkan rasa cinta kepada Nabi Muhammad SAW dalam hati sanubari umat Islam.
[caption id="attachment_661153" align="aligncenter" width="951"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan ucapan dalam program Darul Ehsan Berselawat Jiwa Merdeka sempena Hari Kebangsaan ke-67 peringkat Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 31 Ogos 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
“Ketika Nabi Muhammad SAW turun ke bumi Mekah bersama wahyu dan iqra’, Baginda bukan hanya membawa kalimah Allah dan al-Quran tetapi turut membebaskan masyarakat ke seluruh pelusuk dunia.
“Dengan asasnya, Baginda membebaskan manusia daripada penghambaan diri terhadap manusia dan perkara merosakkan iman.
“Bertemakan jiwa merdeka pada sambutan kali ini, ini bermaksud manusia membebaskan dirinya daripada segala kegelapan, kesilapan dan akhlak buruk,” ucapnya.
Amirudin turut berharap alunan selawat dapat menggerakkan hati, memperkukuhkan iman serta melahirkan manusia yang mempunyai jiwa merdeka dan tidak menjadi hamba kepada manusia, harta dan dunia.
[caption id="attachment_661152" align="aligncenter" width="995"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bersama Habib Ali Zaenal Abidin al Hamid dan Habib Ali Zainal Abidin Assegaf pada program Darul Ehsan Berselawat Jiwa Merdeka sempena Hari Kebangsaan ke-67 peringkat Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 31 Ogos 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
“Kita perlu menjadi manusia yang bebas tetapi mempunyai akhlak dan perilaku seperti diajar Nabi Muhammad SAW.
“Selain itu, diharap dengan kehadiran tetamu ke majlis ini dapat menanam iman di dada dan meningkatkan rasa cinta kepada Nabi Muhammad SAW,” ujarnya lagi.
Terdahulu, program berselawat itu dihadiri Habib Ali Zaenal Abidin al-Hamid dan Habib Ali Zainal Abidin Assegaf (Habib Bidin) serta kumpulan nasyid Majlis Az-Zahir dari Pekalongan, Indonesia.
Selain bermunajat, zikir dan berselawat yang bermula 7 malam, program turut diserikan dengan tausiyah (ceramah) oleh Habib Ali Zaenal Abidin al-Hamid.
Kerajaan Negeri kerap menganjurkan Majlis Darul Ehsan Berselawat termasuk ketika sambutan ambang tahun baharu yang menghimpunkan ribuan umat Islam.
Majlis Darul Ehsan Berselawat turut dianjurkan sempena program Madani Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor pada Februari lalu.
[caption id="attachment_661157" align="aligncenter" width="1189"] Habib Ali Zainal Abidin Assegaf hadir pada program Darul Ehsan Berselawat Jiwa Merdeka sempena Hari Kebangsaan ke-67 peringkat Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 31 Ogos 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_661151" align="aligncenter" width="1129"] Lebih 100,000 umat Islam hadir dalam program Darul Ehsan Berselawat Jiwa Merdeka sempena Hari Kebangsaan ke-67 peringkat Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 31 Ogos 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_661154" align="aligncenter" width="1143"] Lebih 100,000 umat Islam hadir dalam program Darul Ehsan Berselawat Jiwa Merdeka sempena Hari Kebangsaan ke-67 peringkat Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 31 Ogos 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_661156" align="aligncenter" width="1147"] Antara umat Islam yang hadir dalam program Darul Ehsan Berselawat Jiwa Merdeka sempena Hari Kebangsaan ke-67 peringkat Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 31 Ogos 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_661159" align="aligncenter" width="1236"] Antara umat Islam yang hadir dalam program Darul Ehsan Berselawat Jiwa Merdeka sempena Hari Kebangsaan ke-67 peringkat Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 31 Ogos 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]