Segamat dilanda gempa lagi, kali kelima dalam lapan hari

30 Ogos 2025, 1:35 AM
Segamat dilanda gempa lagi, kali kelima dalam lapan hari

SEGAMAT, 30 OGOS: Gempa bumi lemah sekali lagi direkodkan di Segamat pagi ini dengan 2.7 pada skala Richter pada 7.29 pagi, menjadikan kejadian kali ini gegaran kelima dalam tempoh lapan hari di daerah itu.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan pusat gegaran berada di koordinat 2.5 darjah Utara dan 102.8 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer.

“Kejadian ini berpusat kira-kira dua kilometer barat laut dari Segamat dan gegaran mungkin dirasai di sekitar daerah ini,” menurut kenyataan berkenaan.

MetMalaysia memaklumkan pihaknya akan terus memantau keadaan berkenaan dari semasa ke semasa.

Sebelum ini, empat gegaran telah direkodkan di Segamat pada 6.13 pagi, 24 Ogos dengan 4.1 pada skala Richter; 8.59 pagi, Rabu (3.2); 7.56 malam, Khamis (2.5) dan 4.24 pagi semalam (3.4).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.