ad

EXCO: Selangor, Jepun perkukuh kerjasama dalam teknologi masa depan

28 Ogos 2025, 5:31 AM
EXCO: Selangor, Jepun perkukuh kerjasama dalam teknologi masa depan

SHAH ALAM, 28 OGOS: EXCO Sumber Manusia mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Malaysia ke Jepun Shahril Effendi Abdul Ghany di Kedutaan Malaysia di Tokyo, semalam bagi membincangkan kerjasama strategik dalam bidang teknologi masa depan.

V Papparaidu berkata pertemuan itu memberi tumpuan kepada sektor ruang angkasa, reka bentuk litar bersepadu (IC design), kecerdasan buatan (AI) dan robotik yang diyakini mampu memperkukuh kedudukan Selangor sebagai negeri maju.

“Apabila kita melihat secara mendalam bidang yang bakal diceburi seperti ruang angkasa, IT, robotik dan sebagainya, jelas bahawa peluangnya sangat luas.

“Kerajaan Negeri bertanggungjawab memastikan generasi muda dibimbing sejak sekolah lagi memilih aliran pendidikan yang tepat agar bersedia menceburi bidang baharu yang berdaya saing di peringkat antarabangsa,” katanya.

Selain itu, katanya perbincangan turut menyentuh pelbagai isu ekonomi, pembangunan sumber manusia serta peluang kerjasama dua hala antara Malaysia dan Jepun yang diyakini mampu memperkukuh kedudukan Selangor sebagai negeri maju.

Papparaidu turut merakamkan penghargaan kepada Kedutaan Malaysia di Tokyo yang memberi ruang untuk beliau hadir dan berbincang secara mendalam mengenai keperluan generasi muda pada masa hadapan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.