ad

Nahas pesawat TUDM: Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah dibuka semula

22 Ogos 2025, 9:33 AM
Nahas pesawat TUDM: Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah dibuka semula

KUANTAN, 22 OGOS: Landasan di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah di sini dibuka semula 12 tengah hari, hari ini selepas penutupan sementara berikutan insiden kemalangan membabitkan sebuah pesawat tempur milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Malaysia Airports Holdings Berhad menerusi hantaran di Facebook memaklumkan kesemua operasi penerbangan di lapangan terbang berkenaan kembali berjalan mengikut jadual.

“Landasan di Lapangan Terbang Kuantan (KUA) telah dibuka untuk operasi pada 12 tengah hari ini. Operasi penerbangan berjalan mengikut jadual,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris berkata lapangan terbang yang juga dikenali Pangkalan Udara Kuantan itu ditutup sementara bagi melaksanakan operasi pembersihan Mega Sweep.

Sebuah pesawat tempur F/A-18D Hornet milik TUDM terlibat dalam satu insiden kemalangan di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah pada 9.05 malam tadi.

Juruterbang dan Jurusensor Senjata pesawat berkenaan sempat melaksanakan prosedur kecemasan dengan selamat, iaitu keluar menggunakan kerusi lontar (eject) sebelum pesawat itu terhempas.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.