ad

Tiada kompromi terhadap buli, KPM gesa lapor segera termasuk secara anonim

18 Ogos 2025, 5:49 AM
Tiada kompromi terhadap buli, KPM gesa lapor segera termasuk secara anonim

PUTRAJAYA, 18 OGOS: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan tiada kompromi terhadap kes salah laku buli dan menggesa ia segera dilaporkan menerusi saluran rasmi bagi membolehkan siasatan dijalankan.

KPM berkata, aduan boleh dikemukakan menerusi sistem Aduan Buli yang disediakan khusus untuk tujuan itu, termasuk secara anonim oleh pengadu yang tidak mahu mendedahkan identiti.

“Bagi membolehkan siasatan dan tindakan lanjut diambil, aduan perlu mengandungi maklumat lengkap seperti tarikh, masa, lokasi serta butiran pelaku dan mangsa.

“Tanpa maklumat penting ini, siasatan dan tindakan sukar untuk diambil,” menurut KPM menerusi Facebook hari ini.

Dalam masa sama, pengadu juga boleh melaporkan kes menerusi talian telefon 03-8884 9325 atau melalui WhatsApp di nombor 014-800 9325.

KPM menegaskan pihaknya sentiasa berusaha menambah baik langkah menangani salah laku buli bagi memastikan keselamatan murid, guru serta seluruh warga pendidikan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.