ad

LUAS kawal insiden tumpahan minyak, elak cemar Sungai Gombak

12 Ogos 2025, 1:31 AM
LUAS kawal insiden tumpahan minyak, elak cemar Sungai Gombak
LUAS kawal insiden tumpahan minyak, elak cemar Sungai Gombak
LUAS kawal insiden tumpahan minyak, elak cemar Sungai Gombak

SHAH ALAM, 12 OGOS: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) melaksana tindakan kawalan dan pencegahan susulan kemalangan membabitkan lori membawa muatan simen di KM35.1 Lebuhraya Karak menghala Kuala Lumpur semalam.

LUAS memaklumkan, kejadian jam 11.15 pagi itu berpotensi mencemarkan Sungai Gombak yang membekalkan air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA) Gombak, yang terletak kira-kira 5.4KM dari lokasi insiden.

“Pemerhatian LUAS di lokasi mendapati terdapat kebocoran pada tangki minyak kenderaan terlibat dan ia mengalir masuk ke dalam takungan (sump) lebuh raya berhampiran.

“Pihak konsesi di tapak telah melaksanakan tindakan kawalan dan pencegahan dengan meletakkan serbuk kayu di jalan raya, takungan dan kawasan sekitar,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Menurut LUAS, pemantauan pihaknya mendapati tiada sisa mengalir keluar daripada takungan lebuh raya tersebut ke dalam sungai berhampiran dan keadaan semasa adalah terkawal.

Bagaimanapun katanya, LUAS akan terus memantau rapi keadaan sehingga semua kerja pembersihan di tapak selesai sepenuhnya serta tiada lagi risiko kepada sumber air berhampiran.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.