ad

Wanita maut dalam nahas tiga kenderaan di Lebuhraya Karak

23 Sep 2025, 12:43 AM
Wanita maut dalam nahas tiga kenderaan di Lebuhraya Karak

SHAH ALAM, 23 SEPT: Wanita berusia 19 tahun maut dalam kemalangan tiga kenderaan di Lebuhraya Karak pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan kejadian jam 2 pagi dan enam anngota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dikejarkan ke lokasi.

"Komander operasi melaporkan kemalangan membabitkan tiga kereta jenis Perodua Ativa, Perodua Myvi dan Honda City. Terdapat empat mangsa lelaki berusia 20-an dilaporkan selamat.

"Wanita berusia 19 tahun tersepit di dalam kereta Honda City dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat 3.48 pagi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.