ad

Gombak, Hulu Langat antara lokasi diramal hujan lebat hingga 10 malam

8 Ogos 2025, 11:50 AM
Gombak, Hulu Langat antara lokasi diramal hujan lebat hingga 10 malam

SHAH ALAM, 8 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Kuala Lumpur hingga 10 malam.

Amaran sama dikeluarkan melibatkan tiga daerah di negeri ini iaitu Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

MetMalaysia memaklumkan cuaca sama dijangka melanda beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Agensi itu menjelaskan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.

metmalaysia.jpg

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.