Oleh Muhammad Haziq Roshidi
PETALING JAYA, 22 JUN: Sukan ragbi wanita antara acara yang dicadang untuk dipertandingkan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026.
EXCO Wanita Anfaal Saari ragbi wanita semakin berkembang kebelakangan ini dan wajar dipertandingan dalam temasya dwitahunan itu sekali gus melahirkan lebih ramai atlet pelapis untuk negara.
"Penubuhan divisyen wanita dalam liga ragbi Selangor menjadi permulaan penting pembangunan sukan wanita di negeri ini. Saya yakin dengan komitmen yang berterusan, ragbi wanita boleh diangkat ke pentas SUKMA dan seterusnya ke peringkat antarabangsa.
"Wanita juga mempunyai bakat dan potensi besar dalam dunia ragbi, mereka hanya perlukan ruang dan peluang untuk menunjukkan bakat mereka. SUKMA menjadi pentas himpun dan cari bakat terbaik ragbi,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan akhir liga ragbi wanita anjuran Kesatuan Ragbi Selangor (KRS) dan Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) di sini, semalam.
Pada 10 Jun, Dato' Menteri Besar berkata tema dan jenis sukan yang dipertandingkan dalam SUKMA Selangor 2026 akan diumum pada Ogos.
Jelas Dato' Seri Amirudin Shari, turut diumum ialah lokasi majlis perasmian dan penutup temasya tersebut.
Kali terakhir Selangor menjadi tuan rumah SUKMA ialah pada 1998 dan muncul juara keseluruhan.
[caption id="attachment_706575" align="aligncenter" width="692"] Pasukan Cobra Venom menjuarai Liga Ragbi Wanita anjuran Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS)- Kesatuan Ragbi Selangor (KRS) selepas mengalahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam perlawanan yang berlangsung di Padang Astaka Petaling Jaya pada 21 Jun 2026. Foto REY HAZRIELL/MEDIA SELANGOR[/caption]