ad
PBT

MBPJ anjur pertunjukan kucing, himpun pencinta haiwan serata negeri

16 Jun 2025, 8:50 AM
MBPJ anjur pertunjukan kucing, himpun pencinta haiwan serata negeri
MBPJ anjur pertunjukan kucing, himpun pencinta haiwan serata negeri
MBPJ anjur pertunjukan kucing, himpun pencinta haiwan serata negeri
MBPJ anjur pertunjukan kucing, himpun pencinta haiwan serata negeri
MBPJ anjur pertunjukan kucing, himpun pencinta haiwan serata negeri
MBPJ anjur pertunjukan kucing, himpun pencinta haiwan serata negeri

PETALING JAYA, 16 JUN: Sambutan ulang tahun ke-19 Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dimeriahkan dengan pertandingan pertunjukan kucing yang berlangsung di pusat membeli-belah IPC, Damansara di sini, semalam.

Sebanyak 125 ekor kucing pelbagai baka menyertai acara yang dibahagikan dua kategori utama iaitu kucing bulu pendek dan kucing bulu panjang selain dinilai oleh empat juri profesional dari Malaysia dan Indonesia.

Datuk Bandarnya Mohamad Zahri Samingon berkata program julung kali itu dianjurkan dengan kerjasama Kelab Meow United (KMU) dan penaja rasmi Royal Canin.

“Penganjuran pertandingan ini juga bertujuan memupuk semangat cintakan haiwan peliharaan dan membuka ruang kepada pencinta kucing dari seluruh negeri berkongsi minat.

“Program sebegini juga dapat memupuk nilai kasih sayang terhadap haiwan dan sebahagian komitmen kita menjadikan Petaling Jaya sebagai bandar raya penyayang, sejahtera dan berdaya huni,” katanya.

Sebanyak tiga anugerah menjadi rebutan iaitu ‘Best of The Best’ yang membawa pulang RM2,000, trofi dan roset diikuti ‘Reserved Best’ (RM500) dan ‘Best of Category’ untuk 10 saguhati menerima RM100.

[caption id="attachment_705778" align="aligncenter" width="700"] Pengunjung melihat kucing yang dipertandingkan dalam program Royal Canin X MBPJ X KMU Cat Show 2025 di pusat beli-belah IPC, Petaling Jaya pada 15 Jun 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Sementara itu, kucing bernama Jingle Bell yang dipelihara Wen Li, 34, berjaya meraih hadiah utama dengn membawa pulang wang tunai RM2,000.

Kakitangan swasta itu berkata kucing berusia 10 bulan yang dibeli dari Rusia dengan harga RM17,000 pada awal tahun ini banyak membawa tuah setiap kali menyertai pertandingan.

“Tak sangka menang sebab saingan agak sengit, kucing lain tidak kurang hebatnya. Terima kasih MBPJ diharap terus anjurkan lagi pertandingan seumpama ini pada masa hadapan.

“Setakat ini Jingle Bell apabila sertai pertandingan dia tidak kekok walaupun dia daripada baka kucing yang agak mahal,” kata pemilik sembilan ekor kucing itu.

[caption id="attachment_705776" align="aligncenter" width="700"] Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon menyampaikan cek cura kepada pemilik pusat kucing Komikimi Kingdom Pets ketika program Royal Canin X MBPJ X KMU Cat Show 2025 di pusat beli-belah IPC, Petaling Jaya pada 15 Jun 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_705777" align="aligncenter" width="700"] Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon menyampaikan cek cura kepada pemilik pusat kucing Bustana ketika program Royal Canin X MBPJ X KMU Cat Show 2025 di pusat beli-belah IPC, Petaling Jaya pada 15 Jun 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_705775" align="aligncenter" width="700"] Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon (dua, kiri) menyampaikan sijil penyertaan dan cek cura kepada pemenang program Royal Canin X MBPJ X KMU Cat Show 2025 di pusat beli-belah IPC, Petaling Jaya pada 15 Jun 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_705774" align="aligncenter" width="700"] Pengunjung melihat kucing yang dipertandingkan dalam program Royal Canin X MBPJ X KMU Cat Show 2025 di pusat beli-belah IPC, Petaling Jaya pada 15 Jun 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.