Rumah jagaan terbakar, 10 kucing rentung

23 Apr 2026, 2:55 PM
Rumah jagaan terbakar, 10 kucing rentung

IPOH, 23 APRIL: Sebuah rumah kebajikan kucing milik Ipoh Society for the Prevention of Cruelty to Animals (ISPCA) di Simpang Pulai dekat sini, musnah dalam kebakaran petang tadi menyebabkan 10 ekor kucing mati.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.19 petang, sebelum jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai, tiba di lokasi kira-kira 12 minit kemudian.

“Kebakaran melibatkan bangunan jenis kelas B berkeluasan 15 x 15 meter, yang dijadikan rumah kebajikan atau tempat perlindungan kucing musnah hampir 80 peratus.

“Tiada mangsa manusia dilaporkan terlibat dalam kejadian ini dan dianggarkan terdapat kira-kira 50 ekor kucing di premis berkenaan, manakala 10 daripadanya ditemukan rentung dalam kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran hos sepanjang 91 meter dengan dua pancutan air, melibatkan sumber air daripada tangki jentera serta sumber air terbuka berhampiran.

Beliau berkata kebakaran berjaya dikawal pada jam 6.04 petang dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 7 malam, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.