SHAH ALAM, 29 MEI: Tapak perobohan gerai haram di Taman Subang Perdana, Seksyen U3 di sini, bakal dinaik taraf sebagai kawasan riadah dan taman permainan kanak-kanak.
Ahli Majlis Zon 17 Ooi Haw Voon berkata pihaknya bercadang membaik pulih kawasan berkenaan sekali gus menyediakan kemudahan awam yang lebih baik kepada penduduk.
“Ini adalah taman permainan orang awam. Kalau mereka letak kerusi meja, mereka sudah rampas tempat beriadah dan taman permainan kanak-kanak.
“Penduduk buat aduan, ini tempat beriadah tapi sekarang jadi seperti medan selera. Jadi saya mohon dan minta penguatkuasaan atas warga asing kerana orang tempatan yang berniaga hanya sembilan orang sahaja,” katanya.
[caption id="attachment_703338" align="alignleft" width="500"]
Ahli Majlis Zon 17 Ooi Haw Voon ditemui Media Selangor di tapak perobohan gerai haram Taman Subang Perdana, Seksyen U3 pada 29 Mei 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
Terdahulu, beliau membawa Media Selangor meninjau kerja memangkas pokok di lokasi perobohan gerai penjaja tanpa permit yang dilaksanakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, hari ini.
Haw Voon menjelaskan, tindakan perobohan yang dibuat MBSA Isnin lalu susulan aduan penduduk yang sudah tidak tahan dengan isu kebersihan termasuk kehadiran serangga serta haiwan perosak.
Jelasnya, hanya sembilan peniaga merupakan warga tempatan daripada jumlah keseluruhan 30 penjaja makanan yang berniaga tanpa permit sejak 15 tahun lalu.
Sehubungan itu, How Voon yang memegang jawatan Ahli Majlis sejak tiga penggal lalu berusaha membantu peniaga tempatan memperolehi gerai penjaja yang lebih selesa di Seksyen U5.
“Sejak 2022, MBSA sudah turun dan bagi notis kepada semua penjaja haram. Kebanyakan mereka adalah warga asing yang berniaga di sini.
“Mereka (peniaga tempatan) sudah dapat surat tawaran, MBSA akan baik pulih tempat itu kerana ada pagar rosak. Selepas siap, kunci akan diserah dalam tempoh satu atau dua minggu lagi,” katanya.
Semalam, Media Selangor melaporkan MBSA melaksanakan operasi perobohan gerai penjaja tanpa permit di Seksyen U3, susulan aduan penduduk setempat.
Menurut Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, aktiviti gerai terbabit menimbulkan kacau ganggu termasuk halangan laluan awam, kesesakan lalu lintas dan isu kebersihan.
[caption id="attachment_703336" align="aligncenter" width="877"]
Tinjauan di tapak perobohan gerai haram di Taman Subang Perdana, Seksyen U3 pada 29 Mei 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_703337" align="aligncenter" width="994"]
Operasi pembersihan dijalankan di tapak perobohan gerai haram Taman Subang Perdana, Seksyen U3 pada 29 Mei 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]


