ad
ADN

ADN Kota Kemuning tawar 200 vaksin influenza percuma

6 Mei 2025, 6:16 AM
ADN Kota Kemuning tawar 200 vaksin influenza percuma

SHAH ALAM, 6 MEI: Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Kemuning menawarkan suntikan imunisasi influenza percuma kepada 200 penerima pada 1 Jun depan.

Wakil rakyat Kota Kemuning memaklumkan tawaran tersebut terbuka kepada individu berumur enam tahun ke atas yang belum pernah mengambil vaksin influenza, dengan keutamaan kepada golongan kurang berkemampuan (B40).

“Marilah kita sama-sama bekerjasama untuk melindungi dan menyemarakkan semangat komuniti kita,” katanya S Preakas menerusi hantaran di Facebook.

Pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan berikut: https://forms.gle/1aqZtTpPEwe9i1JN7

Program tersebut dijadual diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kota Kemuning bermula jam 9 hingga 11 pagi.

Vaksin influenza mampu mengelakkan penyakit yang boleh menyebabkan jangkitan teruk pada paru-paru serta organ lain, khususnya kepada golongan rentan.

Suntikan imunisasi berkenaan digalakkan diambil setiap tahun dengan kebanyakan klinik swasta mengenakan caj bayaran antara RM80 hingga RM100.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.