ad
PBT

MBSA agih makan percuma, bantu golongan memerlukan

22 Apr 2025, 8:20 AM
MBSA agih makan percuma, bantu golongan memerlukan
MBSA agih makan percuma, bantu golongan memerlukan

OLEH MUHAMMAD REY HAZRIELL

SHAH ALAM, 22 APRIL: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengagihkan makanan tengah hari secara percuma kepada 300 orang di Medan Selera Seksyen 7, di sini hari ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA Shahrin Ahmad berkata inisiatif diharap dapat meringankan beban golongan kurang mampu.

"Inisiatif ini bukan saja memberi kemudahan kepada masyarakat untuk menikmati makanan tengah hari, malah dapat tingkatkan jualan peniaga juga," katanya pada Program Makanan Percuma Peringkat MBSA.

[caption id="attachment_697950" align="aligncenter" width="666"] Peniaga di medan Selera mengagihkan nasi kepada pengunjung yang datang pada program Makan Percuma Peringkat Majlis Bandaraya Shah Alam di Medan Selera,Seksyen 7, Shah Alam pada 22 April 2025. Foto NUR FATIHAH HAMIZI/MEDIA SELANGOR.[/caption]

Sebelum ini, MBSA melaksanakan program seumpamanya di Seksyen 2 dan Sungai Buloh.

"Program makanan percuma ini membabitkan tiga fasa, dengan fasa seterusnya dijadualkan berlangsung di kawasan selatan dan utara Shah Alam.

"Selain pemberian makanan percuma, MBSA turut merancang untuk menganjurkan program isi minyak percuma sebagai kesinambungan kepada inisiatif membantu rakyat," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.