AGENDA

Ribut petir, hujan lebat diramal landa beberapa negeri termasuk Selangor hingga 5 petang

18 Apr 2025, 7:31 AM
Ribut petir, hujan lebat diramal landa beberapa negeri termasuk Selangor hingga 5 petang
Ribut petir, hujan lebat diramal landa beberapa negeri termasuk Selangor hingga 5 petang

SHAH ALAM, 18 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat hingga 5 petang ini.

Agensi itu memaklumkan keadaan sama dijangka berlaku di seluruh Perlis, Perak, Kuala Lumpur, selain beberapa daerah di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.