ad
AGENDA

Amaran hujan lebat, ribut petir di enam negeri hingga 9 malam

16 Apr 2025, 10:36 AM
Amaran hujan lebat, ribut petir di enam negeri hingga 9 malam

KUALA LUMPUR, 16 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri hingga 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan seluruh Kelantan dan Terengganu serta beberapa bahagian di Pahang (Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin).

Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan di Johor melibatkan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Keadaan cuaca sama dijangka melanda Sarawak membabitkan Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) serta Limbang manakala Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang) dan Tawau.

-- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.