AGENDA

Amaran cuaca buruk Selangor, KL, Putrajaya hingga 3 pagi

12 Apr 2025, 3:32 PM
Amaran cuaca buruk Selangor, KL, Putrajaya hingga 3 pagi
Amaran cuaca buruk Selangor, KL, Putrajaya hingga 3 pagi

SHAH ALAM, 12 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir melanda daerah Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang hingga jam 3 pagi.

Cuaca disertai hujan lebat juga dijangka turut berlaku di Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.