AGENDA

Amaran cuaca buruk Lembah Klang, beberapa negeri hingga 9 pagi

10 Apr 2025, 11:30 PM
Amaran cuaca buruk Lembah Klang, beberapa negeri hingga 9 pagi
Amaran cuaca buruk Lembah Klang, beberapa negeri hingga 9 pagi

SHAH ALAM, 11 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 pagi ini.

Agensi itu di Facebook memaklumkan cuaca buruk itu dijangka berlaku di Perlis, Pulau Pinang, Melaka, Labuan selain beberapa tempat di Kedah, Perak, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.