AGENDA

Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 5 petang

5 Apr 2025, 7:02 AM
Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 5 petang
Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 5 petang

SHAH ALAM, 5 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 5 petang ini.

Cuaca disertai hujan lebat juga dijangka berlaku di beberapa kawasan di Perak, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.