SHAH ALAM, 31 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir melanda Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat hingga 8 malam.
Cuaca disertai hujan lebat juga dijangka berlaku di seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan beberapa daerah di Perak, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.
Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.