AGENDA

Hulu Selangor, Gombak dan Petaling diramal hujan lebat hingga 5 petang

25 Mac 2025, 7:16 AM
Hulu Selangor, Gombak dan Petaling diramal hujan lebat hingga 5 petang
Hulu Selangor, Gombak dan Petaling diramal hujan lebat hingga 5 petang

SHAH ALAM, 25 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Hulu Selangor, Gombak dan Petaling, Kuala Lumpur hingga 5 petang ini.

Amaran sama dikeluarkan melibatkan beberapa Kawasan di Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.