SHAH ALAM, 17 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang sehingga 5 petang.
Agensi itu mengeluarkan amaran sama di Kuala Lumpur, Putrajaya, selain beberapa kawasan di Perak, Pahang, Johor dan Sarawak.
Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


