AGENDA

Selangor, KL dan Putrajaya diramal hujan lebat hingga 9 malam

14 Mac 2025, 10:38 AM
Selangor, KL dan Putrajaya diramal hujan lebat hingga 9 malam
Selangor, KL dan Putrajaya diramal hujan lebat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 14 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam ini.

Cuaca sama dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka selain beberapa Kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.