AGENDA

Amaran hujan lebat sembilan negeri termasuk Selangor hingga 2 petang

11 Mac 2025, 4:10 AM
Amaran hujan lebat sembilan negeri termasuk Selangor hingga 2 petang
Amaran hujan lebat sembilan negeri termasuk Selangor hingga 2 petang

SHAH ALAM, 11 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Hulu Selangor, Klang, Gombak, Kuala Langat dan Hulu Langat sehingga 2 petang.

Keadaan sama dijangka berlaku di Pulau Pinang, Terengganu selain beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Johor dan Sabah.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.