AGENDA

Amaran hujan lebat di Selangor, KL dan Putrajaya hingga 7 malam

8 Mac 2025, 9:13 AM
Amaran hujan lebat di Selangor, KL dan Putrajaya hingga 7 malam
Amaran hujan lebat di Selangor, KL dan Putrajaya hingga 7 malam

SHAH ALAM, 8 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang sehingga 7 malam ini.

Keadaan sama dijangka berlaku di Kuala Lumpur, Putrajaya, Perlis, Melaka selain beberapa Kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.