AGENDA

Hulu Langat, Petaling dan KL diramal hujan lebat hingga 10 malam

19 Feb 2025, 12:25 PM
Hulu Langat, Petaling dan KL diramal hujan lebat hingga 10 malam
Hulu Langat, Petaling dan KL diramal hujan lebat hingga 10 malam

SHAH ALAM, 19 FEB: Dua daerah di Selangor iaitu Petaling dan Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 10 malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Agensi itu mengeluarkan amaran sama di Kuala Lumpur, Perlis, Labuan, Pulau Pinang selain beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.